Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pelakon Terkenal 80an Azmil Mustapha Meninggal Dunia

Bismillah hirrahmanirrahim,

Al Fatihah. INNALILLAH WA INNAILAIHI ROJIUN

Dimaklumkan bahawa Hj Mohd Azmil bin Hj Mustapha Kamil telah pulang ke rahmatullah pada hari ini 28 Jamadilawal 1439 bersamaan 14 Februari 2018, pada lebih kurang 12.40 tengahari.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan.

Sumber: https://m.facebook.com/aziphmustapha/

Gambar Allahyarham Azmil Mustafa yang kini merupakan pendakwah bebas

Catat Ulasan for "Pelakon Terkenal 80an Azmil Mustapha Meninggal Dunia"